Rekabentuk Model Terbaru Proton Perdana 2016 Didedahkan Semasa Pandu Uji Diatas Jalanraya


Proton Holdings Berhad  pengeluar kereta nasional Malaysia dikatakan dalam peringkat akhir untuk mengeluarkan satu model kereta baru bagi menggantikan model Perdana V6.

Walaupun sebelum ini dikatakan proton Perdana abru ini menggunakan rekabentuk berasaskan Honda Accord generasi ke 8 yang sudah pun dipakai oleh Kerajaan Malaysia, namun kali ini khabarnya Perdana 2016 akan berwajah baru dan mempunyai imej tersendiri.

Memetik laporan portal automotif terkenal, Paultan.org telah beredar satu video yang berjaya dirakam menunjukkan pihak Proton menjalankan ujian terhadap sebuah prototype yang dikatakan model terbaru Perdana 2016. Model terbaru ini dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun hadapan.



Jika dilihat dari video ia bukanlah sama bentuk seperti sebuah Honda Accord seperti yang menjadi buah mulut orang ramai sebelum ini.

Berdasarkan rekabentuk ini ia amat berlainan dengan Honda Accord yang kini digunakan oleh Kerajaan Malaysia, model Perdana 2016 tersebut kelihatan agak berbeza khususnya dibahagian hadapan dan juga kelebaran model berkenaan.



Di bahagian belakang pula, bentuk aerodinamik yang ditampilkan dalam rekaan kali ini boleh dianggap agak menarik dan berpotensi mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia untuk memilikinya.

Menurut laman Paultan juga, model terbaru Perdana itu nanti dijangka akan menggunakan enjin dari Honda yang berkapasiti 2.0 dan 2.4 liter i-VTEC.  - Siakapkeli.my



Model Perdana yang digunapakai oleh kerajaan sekarang.