Padah Ingin Jadi Seperti Channing Tatum



Northamptonshire – Seorang pembantu jualan terkejut apabila lehernya berlubang selepas dia menggunakan alat pemutih gigi hanya semata-mata mahu mendapatkan senyuman seperti bintang pujaannya, Channing Tatum.
Jake Barrett, 22, berdepan dengan keadaan itu akibat tindak balas terhadap racun dalam ubat Crest 1hr Express Strips.
Lehernya berlubang sebesar buah anggur selepas dua hari menggunakan rawatan bernilai £65 itu. Ubat berkenaan mengakibatkan lecur di bawah lidahnya dan umpama hampir meletup pada bila-bila masa.
Dia juga terpaksa menanggung kesakitan sebelum akhirnya mendapatkan rawatan di hospital.
Bahan kimia yang terdapat dalam ubat pemutihan itu termasuk bahan peluntur yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan letupan buatan sendiri.
Selain itu, Hydrogen peroxide juga meliputi 15 peratus daripada Crest yang digunakan oleh Barrett.
Susulan itu,Barret terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.
“Saya tidak apa jenis cecair yang digunakan dalam ubat pemutih gigi itu. Dalam masa beberapa hari, terdapat bonjol di bahagian bawah lidah saya semakin membesar mengakibatkan saya sukar menelan.
“Saya hanya boleh makan sup, itupun tidak berjalan dengan lancar hinggalah saya putus asa dan pergi ke hospital,’’ katanya.
Menurut Barret, sebatang giginya juga terpaksa dicabut selepas ia dijangkiti peroxide. mynewshub.cc