Murid darjah lima bersalin di Negeri Sembilan


SEORANG murid berusia 11 tahun mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan bersalin di sebuah klinik swasta di Bahau, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Baca kisah sebenar ibu 11 tahun lahirkan bayi di SINI

Menurut portal Agenda Daily yang memetik sumber polis, kes tersebut hanya disedari setelah kanak-kanak berkenaan mengadu sakit perut sebelum dikejarkan ke klinik tersebut.

Selepas pemeriksaan, dia disahkan mengandung dan sakitnya itu disebabkan ingin melahirkan anak.

“Hasil maklumat awal, kanak-kanak itu tunggal bersama neneknya di pekan Bahau. Siasatan lanjut berhubung perkara ini masih dijalankan.” – MYNEWSHUB.CC

UPDATE HMETRO:

Bahau : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.

Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.

"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.

"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.

"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu," katanya.