VIDEO [ISU SEMASA] PANAS!!! Lim Kit Siang Dibaling Penyapu... Politik Malaysia Semakin Tak Bertamadun...

Ishhh... apa dah berlaku? Terpacak jari tengah di khalayak ramai... berlaku di Malaysia ke ni? Atau sebenarnya sekadar superimpose yang dilakukan oleh pihak tak bertanggungjawab...


Tidak ada istilah superimpose dalam kes ini... inilah realitinya... pahit manisnya tetap terpaksa ditelan... sebelum Mamu bincangkan hal ini lebih lanjut, elok rasanya kita tengok dulu video penuh kejadian...


Secara peribadinya, dengan jujur dan ikhlas bersandarkan prinsip nilai-nilai murni yang perlu ada dalam hati sanubari setiap manusia, APA PANDANGAN ANDA???


Kenapa perlu jadi sampai macam ni sekali? Mamu bukan bermaksud nak memihak kepada sesiapa, samada di pihak Lim Kit Siang mahupun satu lagi... tapi yang penting, yang patut menjadi asas perjuangan adalah berpihak pada yang berhak... walaupun ianya pahit...

Setahu Mamu, program tersebut diadakan di dalam premis milik persendirian walaupun mungkin di kawasan pihak satu lagi... ini beerti sebarang tindakan menyerbu atau menceroboh perlu disertakan bersama waran atau perintah kebenaran mahkamah... sekalipun pihak polis...

Kumpulan yang menyerbu jelas sekali bertindak keterlaluan... bayangkan jika tiba2 datang orang luar yang kita tak kenali masuk ke rumah kita lalu mengusir kita keluar dari rumah sendiri, tanpa sebab... patut ke???


Ini bulan setakat usir keluar malah hingga ke peringkat baling penyapu... Lim Kit Siang hadir pastinya setelah mendapat jemputan dari tuan kedai... walaupun mungkin kehadiran Kit Siang atas sebab berpolitik, namun selagi mana tujuan Kit Siang tidak melebihi sempadan milik tuan kedai maka mana2 pihak tidak sepatutnya bertindak keterlaluan menjangkaui undang2 seperti ini...

Mamu berharap pihak yg menyerbu ini bukannya datang dari UMNO dan mereka juga tidak berhak mengaku tindakan mereka mewakili perjuangan UMNO...

UMNO bukan sebuah parti yang ganas... malah UMNO lah parti yang menolak sebarang bentuk provokasi melampau termasuk keganasan... perjuangan UMNO sejak penubuhannya hingga kini sentiasa mementingkan etika dan nilai-nilai murni... pendekatan yang dibawa mestilah berhikmah dan berhemah... sebab itu UMNO sentiasa diterima dari satu generasi ke generasi yang lain...


Tindakan seperti ini jelas sekali menunjukkan betapa tidak profesionalnya kumpulan ini... hak dan kebebasan bersuara telah terbuka seluas-luasnya... sepatutnya ia digunakan semaksimum mungkin secara bijak dan adil...

Hujah perlu dijawab dengan hujah... biar rakyat tentukan hujah mana yang lebih bernas dan benar... tidak sepatutnya keganasan diangkat untuk menangkis hujah... kerana ini akan hanya menunjukkan betapa dangkal dan ceteknya pemikiran... dan pastinya orang seperti ini tidak layak diangkat menjadi pemimpin...

SEKADAR PENDAPAT...