Video: Ikon Bola Sepak Emmanuel Adebayor Peluk Islam

BULAN Ramadan kali ini ternyata memberi 1001 rahmat buat ikon bola sepak terkenal, Emmanuel Adebayor yang memutuskan untuk memeluk agama Islam.
adebayor_ba8e8cc
Berita penyerang kelab Tottenham Hotspur memeluk agama Islam tersebar selepas videonya mengucap dua kalimah syahadah dan lengkap berpakaian jubah putih bersama sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.
Difahamkan, video itu dimuat naik oleh seseorang yang menggunakan nama akaun Jonas Nyabor dengan judul ‘Emmanuel Adebayor Converts To Islams’ pada Ahad lalu.
Keputusan Emmanuel yang juga kapten Togo itu mengejutkan banyak pihak namun ramai yang tumpang gembira dengan keputusannya yang selama ini dahagakan ketenangan hidup.
Emmanuel-Adebayor-in-acti-012
#Malah, ada yang mendakwa bekas pemain Arsenal dan Manchester City itu mempunyai masalah keluarga seperti yang pernah diluahkan Emmanuel menerusi laman Facebook miliknya.
#Seperti semua sedia maklum, dua kalimah syahadah merupakan ikrar seseorang hamba Allah yang menyatakan keimanannya terhadap agama Islam.
Bagaimanapun hingga kini Emmanuel masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung hal ini.
Menerusi laman Instagram, peminat bola sepak tidak henti-henti mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan Emmanuel. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Agensi