Budak 9 Tahun Di Mexico Lahirkan Anak Luar Nikah

Baru berusia sembilan tahun namun Dafne sudah bergelar ibu kepada seorang bayi yang dilahirkannya pada 27 Januari lalu di Jalisco.


Dafne hanya menyedari dia mengandung selepas tujuh bulan dan melahirkan bayi berkenaan melalui pembedahan memandangkan usianya yang masih muda.

Ibu dan bayi itu berada dalam keadaan sihat.

Berikutan itu, polis kini sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga kekasihnya selepas remaja itu melarikan diri dari Jalisco, dua bulan lalu.

Remaja itu berbuat demikian selepas Dafne enggan menetap bersama-sama dengannya selepas melahirkan anak.

Kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai rogol dan penderaan seks melibatkan kanak-kanak.

Dafne yang mempunyai 11 adik-beradik menetap bersama keluarganya di sebuah kawasan miskin di Guadalajara.

Akibat kemiskinan, ibu dan bapanya terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan duit, hinggakan mereka mengabaikan anak-anak.

Hinggakan apa yang berlaku kepada Dafne, langsung tidak disedari oleh ibu bapanya.

Dafne akan menerima rawatan perubatan dan psikologi memandangkan usianya yang masih muda yang belum mengerti peranan seorang ibu - Sentiasapanas