Maklumbalas terhadap pertanyaan mengenai produk JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG (rujuk post sebelum ini & juga jawapan utk yg PM), satu carian di laman web www.bpfk.gov.my dilakukan dan carian menggunakan kata kunci 'jamu rahsia bidan kampung', jawapan yg diberikan adalah seperti dilihat pada gambar ini & menunjukkan ia TIDAK BERDAFTAR dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Ia adalah carian awal, jika ada di kalangan pengguna atau pengedar atau pemilik jamu ini ingin mengemukakan no pendaftaran MAL produk ini dipersilakan utk carian lanjut.
Apabila ditanya (PM) facebook 'JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG' mereka telah memberikan jawapan seperti dalam gambar & menyatakan produk mereka berdaftar dengan no pendaftaran MAL07061483T, carian lanjut mengenai no pendaftaran ini menunjukkan ia adalah milik Jamu Rapat Sukma keluaran Seri MH Ummi SB.
Sila bincangkan, bukan MENGHUKUM, apatahlagi MENGAIBKAN. Setiap pengguna berhak mengetahui kebenaran di sebalik produk yg mereka gunakan, kan?
nota tambahan: muak dgn kenyataan 'ala tidak berdaftar je, bukan ada racun pun!' Denda menjual ubat yg tidak berdaftar di bawah akta jualan dadah 1952 lebih tinggi dari jual ubat mengandungi racun di bawah akta racun 1952... jika tak de racun pun ubat tidak berdaftar mempunyai risiko mengandungi kuman, mikroorganisma, fungus, logam berat seperti arsenik & plumbun yg juga boleh memudaratkan kesihatan....