Pada mulanya doktor tidak pasti sama ada prosedur tersebut akan berjaya kerana keputusan mahkamah mengambil masa 2 hari. Ia bukan kali pertama sperma diambil dari orang mati untuk melahirkan bayi tetapi kes ini 18 jam lebih lama daripada yang pernah dilakukan pada maasa lalu.
"Ia menjadi luar biasa untuk melibatkan diri dengan membantu seorang wanita yang mempunyai begitu banyak cinta dan keberanian." kata Pakar IVF, Steve Robson.
“Sebagai sebuah kumpulan kami kagum dengan cinta yang dipunyai wanita ini dan mempunyai daya tahan yang luar biasa terhadap segala rintangan yang dihadapi beliau,” katanya dipetik metro.uk.
Bagaimanapun, wanita tersebut terpaksa pergi ke Canberra dari Adelaide untuk menjalankan prosedur berkenaan kerana prosedur ini diharamkan di Adelaide.