Terlampau Menyayat Hati! Menangis Kami Tadi...Inilah luahan sayu Datuk Siti Nurhaliza setelah kandungan 2 bulannya sah gugur

Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar mengenai kehamilannya. Menurut Siti, kandungannya itu hanya sempat bersamanya untuk dua (2) bulan sahaja sebelum mengalami keguguran.
“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec… Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct”

“Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut, kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai”

“Ternyata, Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya,”
memetik luahan hati penyanyi ini di Instagram.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai peminat Siti berdoa agar penyanyi kesayangan mereka kuat menghadapi dugaan. Semoga Dato’ Siti Nurhaliza tabah mengharungi dugaan ini kerana sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmahnya.
Sumber: Rotikaya

Beginilah wajah sebenar Cita Citata kalau tidak mengenakan mekap atau hiasan

Siapa tak kenal pedangdut cantik Cita Citata. Wajahnya yang imut dan menggemaskan selalu membuat penasaran netizen di media sosial.

Siapa tak kenal pedangdut cantik Cita Citata. Wajahnya yang imut dan menggemaskan selalu membuat penasaran netizen di media sosial.

Apalagi, saat pelantun Sakitnya Tuh Disini mengunggah foto terbarunya, netizen langsung berkomentar. Tak hanya memberikan jempol untuk foto tersebut, netizen juga memuji Cita.

Seperti kali ini, Cita menyapa penggemarnya di dunia maya dengan wajah cantiknya tanpa riasan. Foto tersebut Cita ambil saat bangun tidur di atas tempat tidurnya.

"selamat pagi Citatones .. selamat pagi Ayah yg setiap saat aku rindukan dariku mulai memejamkan mata hingga membuka mata .. alfatihah ????," tulis Cita.

Penggemar Cita berkomentar. Mereka ingin sekali bertemu sang idolanya itu.

"Ka @cita_citata cantik.naturall ??," tulis netizen.

"Cantik badaaiiiiii teh ?? gak bosen2 liatnya ??," tulis netizen lainnya.

"Udh cantik dari sonoh nya suka bgt sama #citacitata ??????," tulis netizen lainnya.
Sumber: life.viva








Bapak! Tak sangka beginilah bentuk rumah Zizan Razak di kampung sejak putus cinta dengan Emma Maembong, tercengang kami dibuatnya


Tak sangka beginilah bentuk rumah Zizan Razak di kampung sejak putus cinta dengan Emma Maembong, tercengang kami dibuatnya tadi.

Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....
Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.
Sumber: Beritapsiko

Pak Yus, Air Mata Saya Mengalir Ketika Menulis Status Ini' - Ilham

Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus, bacalah dengan nama Allah.

Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, insan inilah yang datang menghulurkan bantuan.

"Nah! Ambillah duit ini. Kalau tak ada duit nak hidup, habaq kat aku jangan habaq kat orang lain. Kita geng utara, jangan buat malu kat orang," katanya sambil ketawa.

Di kemudian hari, bila saya nak memulangkan kembali duit yang dipinjamkan, inilah kata-kata arwah:

"Aku tak mahu. Daripada hang bagi kat aku, baik hang bagi kat anak yatim tak pun pergi belanja kawan-kawan. Ramai lagi yang perlukan duit itu," katanya.

"Mulianya hati kamu,"

Ketika mana saya berasa bosan, insan inilah yang akan mengajak lepak bermain PS4 FIFA di rumahnya. Manchester City adalah pasukan kegemaran dia. Sebelum game bermula, dia akan siap berpakaian jersi dan kasut bola, semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak ketawa.

"Riangnya kamu,"

Ketika berada di kampung, insan inilah yang akan call atau WhatsApp ajak main Futsal dan bola sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua guna duit poket dia. Selesai bermain, insan inilah yang akan belanja satu pasukan. Kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.

Apabila Raja Lawak United ditubuhkan, insan inilah yang sponsor kami jersi dan bola. Dalam padang, dialah kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pada pesanan insan ini kepada saya,

"Bila dah femes nanti, jangan lupa diri, jangan sombong," katanya.

Tetapi apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah meminta saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan tetapi tidak sempat untuk proses rakaman. Katanya, "Aku nak lagu ini, aku nak rap duo dengan Waris,". Tersenyum saya pada ketika itu.

Saya terkilan, tak sempat membalas segala jasa baik arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku dan tidak bernyawa.

Jam 1 pagi, saya mendapat tahu berita pemergiannya, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya terus ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat juga. Saya kapankan arwah, saya solatkan arwah, saya usungkan jenazah arwah. Sempat juga saya kucup dahi arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum.

Jika benar di dahinya tertera kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah bahawa dia bukan biasa-biasa. Saya beritahu ini bukan bertujuan untuk riak atau sebagainya tetapi hanya untuk khabarkan. Tiada apa lagi yang mampu saya balas jasa baik arwah melainkan iringan dan kiriman doa.

Saham akhirat insan ini sebagai salah seorang penyumbang kepada sebuah sekolah agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih di atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih di atas ilmu dan nasihat dari kamu. Al-fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah. - Ilham Tuah Raja Lawak

Guru Korea ini amat cantik hingga tiada pelajarnya tidak datang ke kuliahnya

Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.

Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.

Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.

Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.

Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.

Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.

Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan.
Sumber: Terkini


Bila Saya Mintak Tolong Rakan Pelawak Promosi Bisnesnya, Mereka Terus Senyap - Amir Raja lawak

GOMBAK: Pelawak Amir (Raja Lawak) terkilan dengan sikap segelintir rakan pelawak yang enggan membantunya mempromosi bisnes roti bakar menerusi laman sosial Instagram milik mereka.

Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata,  ia adalah salah satu cabaran buatnya yang baharu menceburkan diri dalam bidang peniagaan.

“Susah juga nak minta bantuan rakan-rakan pelawak terutama yang popular, saya ada minta mereka promosi di Instagram sudah bagi gambar dan kapsyen sekali tapi tidak dilayan.

“Mula-mula dilayan saya, tapi bila saya kata minta tolong promosi terus senyap sahaja walaupun dia membaca mesej itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Cabaran Grandstand Suria Fm di Gua Damai Extreme Park, di sini, Ahad.

Amir berkata demikian ketika mengulas perkembangan perniagaan makanan snek roti bakar, Roti Bakar Amirreka yang diusahakan sejak awal tahun lalu.

Setakat ini, Roti Bakar Amirreka sudah mempunyai dua cawangan iaitu di Sri Gombak dan Batu Caves, di sini.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia mendapat bantuan daripada seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee.

“Ada seorang kawan mencadangkan agar saya membeli iklan di laman page seorang selebriti laman sosial iaitu Zukieeeee kerana dia mempunyai pengikut lebih 100,000 di Facebook.

Sementara itu, Amir berkata, dia ingin membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk francais bagi menjalankan bisnes tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Saya juga sedang mencari orang yang berminat untuk membuka perniagaan ini di tempat mereka. Modal untuk membuka bisnes ini tidak begitu mahal dan boleh menghubungi rakan kongsi saya Shahril 0196037261," ujarnya.

Dalam pada itu, dia juga merancang untuk berkolaborasi dengan Zukieeeee dalam menghasilkan video-video viral yang boleh menarik pengikut laman sosial.

“Saya nampak selebriti laman sosial seperti dia boleh hasilkan pendapatan juga. Video-video lucu yang dihasilkan menarik ramai pengikut.

“Ramai yang minta dia buat iklan dan review peniagaan dengan bayaran agak tinggi. Saya juga sedang fikir untuk berkolaborasi dan ber idea untuk video-videonya akan datang,” ujarnya.

12 Foto terbaru Preity Zinta bakal nikahi jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough

AKTRESS cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.
Sumber: Terkini










Suami Hanez Suraya Tidak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak-Anak Berbulan Lamanya

Menurut laporan portal Myartis, bekas isteri Romie (suami Hanez Suraya), iaitu Liyana Manan kelihatan sungguh gembira apabila terserempak dengan anak-anaknya di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian luahan hati yang didapati daripada Facebook, Liyana mendakwa bahawa dia sudah berbulan tidak berjumpa cahaya mata kesayangannya itu. Selain itu, Liyana juga sempat bergambar bersama anaknya itu.

Suami Hanez Suraya Tidak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak? - ROTIKAYABagaimanapun, sumber laman tersebut menjelaskan bahawa anak-anak Romie bagaikan tidak gembira bertemu dengan ibu mereka malah anak kedua Liyana pula dikhabarkan seakan-akan tidak mengenali Liyana sebagai ibu kandungnya dan bersembunyi di belakang Romie.

Apa pun, jika benar apa yang disampaikan oleh Liyana ini, kami harapkan hubungan di antara mereka elok-elok sahaja

Temuramah H! Live Dengan Tauke Ini Akan Membuatkan Air Mata Anda Menitis Tanpa di Sedari


Temuramah H! Live Dengan Tauke Ini Akan Membuatkan Air Mata Anda Menitis Tanpa di Sedari  'Saya sendiri tidak dimaklumkan oleh arwah bahawa dirinya sakit. Cuma apa yang saya perasan, sejak 2 menjak ini arwah kerap menyendiri, baik selepas meeting mahupun selepas selesai buat show..Tapi ada 1 perkara yang buat saya terkilan sampai ke saat ini....'












Pantun Ray Menjadi Kenyataan Terhadap Arwah Pak Yus


#Video berikut merupakan video sewaktu arwah dijemput hadir ke konti Era dan mereka berlawan membalas pantun antara Ray dan arwah Pak Yus.
#Tapi sangat mengejutkan apabila pantun Ray seolah-olah telah terjadi hari ini walaupun sekadar gurauan..

Harga Terbaharu Petrol Bermula Tengah Malam Ini 1 Disember 2015



Bermula tengah malam ini, harga petrol RON95 akan turun 10 sen kepada RM1.95 manakala harga petrol RON97 dan diesel kekal.

Harga terkini petrol & diesel bermula malam ini :

  • RON 95 : RM 1.95 (turun 10 sen)
  • RON 97 : RM 2.45 (kekal)
  • Diesel : RM1.90 (kekal)

JOM BACA : Apakah Serangan Jantung? – Dr. Beni Rusani.

Source: www.cbsnews.com
Sumber: www.cbsnews.com
Serangan jantung (Sindrom Akut Koronari atau myocardium infarction) adalah satu kecemasan perubatan yang boleh membawa kepada komplikasi yang serius dan juga maut. Ia disebabkan oleh kekurangan bekalan darah ke jantung, saluran darah yang sempit disebabkan oleh plak kolestrol. Plak-plak yang tidak stabil ini boleh pecah dan seterusnya akan membentuk darah beku yang akan menghalang saluran-saluran secara keseluruhan.
Penyakit jantung (penyakit kardiovaskular / cardiovascular disease) pada masa kini merupakan punca kematian yang utama di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Hal  ini dapat dilihat melalui generasi ‘Baby Boom’ yang semakin meningkat usia; yang mana masih membentuk majoriti penduduk di dunia. Di Malaysia, kejadian serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun, dan menyebabkan kira-kira tujuh peratus kematian di hospital. Tambahan pula, penyakit kardiovaskular  menyumbang kematian dua setengah kali lebih tinggi di kalangan wanita Malaysia daripada semua jenis kanser apabila digabungkan.
Faktor-faktor risiko untuk serangan jantung adalah:
  1. Jantina (lelaki lebih berisiko daripada perempuan)
  2. Umur lebih daripada 45 tahun, (umur perempuan> 55 tahun atau selepas menopaus)
  3. Penyakit kencing manis
  4. Merokok
  5. Kandungan kolestrol tinggi dalam darah
  6. Penyakit darah tinggi
  7. Obesiti
Walau bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat peningkatan bilangan kes-kes yang melibatkan orang-orang yang lebih muda, bahkan wanita dan pada awal umur 30-an. Pesakit paling muda yang pernah direkodkan mendapat serangan jantung di Malaysia berusia 19 tahun. Trend yang membimbangkan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan berat badan normal, bersenam dan elakkan merokok; terutama mereka yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit jantung.
Simptom utama serangan jantung adalah sakit dada yang digambarkan sebagai ditindih objek berat atau seperti tekanan. Ia mungkin diiringi dengan rasa kebas di sepanjang lengan kiri dan leher, loya dan muntah-muntah. Ada yang menyifatkannya sebagai suatu perasaan seperti “satu azab bakal berlaku”. Harus diingatkan bahawa tidak semua pesakit akan mengalami simptom-simptom klasik ini. Jika terdapat keraguan, sila dapatkan rawatan dan nasihat perubatan.
Source: www.medicinenet.com
Sumber: www.medicinenet.com
Walaupun terdapat peningkatan yang ketara dalam pengurusan serangan jantung secara keseluruhan, malangnya kebanyakan kematian berlaku sebelum sempat tiba di hospital. Kesilapan yang biasa dibuat oleh pesakit adalah kelewatan dalam mendapatkan rawatan perubatan atau kecemasan. Mereka sama ada tidak mengendahkan simptom-sipmtom tersebut,  berharap bahawa sakit dada itu akan reda atau menganggap ia disebabkan masalah kesihatan  lain seperti ketidakhadaman perut. Kelewatan ini akan memberi lebih tekanan pada otot jantung yang telah  kekurangan bekalan dan peredaran darah, seterusnya ianya tidak dapat dipulihkan dan kerosakan jantung akan berlaku. Jika tidak dirawat dengan segera atau mereka yang terselamat akibat dari serangan jantung akan mengalami komplikasi lanjut seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman mahupun ketika sedang berehat.
Secara amnya, prinsip terbaik dalam sebarang kecemasan perubatan adalah dengan mendapatkan bantuan perubatan dengan segera di pusat perubatan yang terdekat. Walau bagaimanapun, memandangkan betapa seriusnya penyakit ini dan juga rawatannya yang kompleks, untuk kes-kes  ‘serangan jantung yang stabil’ adalah dinasihatkan untuk datang terus ke Jabatan Kecemasan terdekat, bukannya mengunjungi  klinik am. Sekiranya pesakit telah datang ke klinik, dalam kebanyakan kes, doktor di klinik akhirnya akan merujuk pesakit tersebut ke hospital yang berdekatan dan ini telah menyebabkan pembaziran masa ketika pesakit tiba di jabatan kecemasan.
Secara ringkasnya, terdapat tiga jenis serangan jantung:
  1. STEMI  (infark miokardium berserta peningkatan segmen ST)
  2. Bukan-STEMI (infark miokardium tidak berserta peningkatan segmen ST)
  3. Angina tidak stabil
Nota: ST merujuk kepada segmen ST yang dirakam di ECG. ECG yang normal mempunyai gelombang P, kompleks QRS dan gelombang T. Salah satu cara untuk mengklasifikasikan serangan jantung adalah dengan perubahan kepada segmen ST dalam ECG.
Source: thenurseadvocate.blogspot.com
Sumber: thenurseadvocate.blogspot.com
Sejurus tiba di hospital, berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah), doktor yang merawat akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk pesakit. Ia mungkin terdiri daripada ubat-ubatan yang berasaskan-prosedur seperti angioplasty (pembedahan nyah-halang saluran darah). Selepas penstabilan di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan juga pemerhatian lanjut.
Terdapat juga situasi yang malang, iaitu serangan jantung yang disusuli dengan terhentinya degupan jantung sebelum sempat tiba di hospital, maka adalah sangat penting orang yang berada di sekeliling pesakit ketika serangan untuk melakukan cardio-pulmonary resuscitation atau CPR (tidak terkandung dalam artikel ini) kerana tindakan ini telah terbukti dapat meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.
Bagi mangsa serangan jantung, adalah penting untuk terus mengambil ubat yang ditetapkan untuk mereka. Kebanyakan ubat-ubatan ini perlu diambil sepanjang hayat kerana sifat mereka ‘penstabilan’ dan bukannya ‘merawat’ jantung. Dengan ini, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka sebelum menghentikan pengambilan ubat-ubatan itu. Kegagalan berbuat demikian mungkin membawa kepada bahaya , contohnya penghentian mengambil Aspirin selepas angioplasty mungkin akan menyebabkan tersumbatnya ‘stent’ yang telah diimplan di dalam saluran darah pada jantung.
LIMA mesej penting yang perlu diingatkan kepada pembaca:
  1. Walaupun serangan jantung biasanya dinyatakan sebagai tekanan seperti sakit dada, jika anda ragu-ragu, sila dapatkan bantuan perubatan.
  2. Jika anda agak stabil, sila datang terus ke Jabatan Kecemasan di hospital yang berdekatan.
  3. Ingat bahawa “masa adalah otot” dan lebih lama mangsa menunggu, lebih banyak otot jantung akan rosak dan semakin besar kemungkinan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan.
  4. Jika mangsa tidak sedarkan diri sebelum tiba ke hospital, CPR dapat meningkatkan peluang untuk hidup (CPR mudah dipelajari).
  5. Jangan berhenti mengambil ubat tanpa berunding dengan doktor yang telah memulakan ubat tersebut.
Dr Beni Rusani adalah seorang pakar kardiologi yang kini bertugas di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk  meningkatkan tahap kesedaran tentang isu-isu kesihatan setempat. Kenali beliau dengan lebih lanjut dalam ruangan ‘The Team’. Artikel ini telah diterjemah oleh Cik Raja Maizatul Azaria.
Rujukan:
  • Management of Unstable angina / non STEMI. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2011.
  • Prevention of cardiovascular disease in women. Malaysia Clinical practice guideline. Ministry of Health Malaysia; 2008.

Keajaiban Yang Berlaku Semasa Menghantar Jenazah Pak Yus Di Perlis



Rupanya banyak keajaiban yang  berlaku semasa proses pengembuan Pak yus.

Terlampau Menyayat Hati! Kami turut menangis...Inilah luahan sayu Tauke Jambu setelah sahabat karibnya Yus Jambu kembali ke Rahmatullah


Terlampau Menyayat Hati! Kami turut menangis...Inilah luahan sayu Tauke Jambu setelah sahabat karibnya Yus Jambu kembali ke Rahmatullah. Sedih betul baca tadi.

Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Taukey Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan.... dan dalam keadaan menangis tersedu-sedu Taukey berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan... dia tak mampu tanpa Pak Yus.... bukan sahaja Taukey tapi artis lain juga di lihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus... terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki
Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.
"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.
"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Sumber: Mymal1

8 Kisah Hidup Yus Jambu Yang Tak Diketahui Ramai

cover
Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas.
Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Sinaran Pasport Kegemilangan

yus5
Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi.
Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan

yus6
Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan.
Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara

yus7
Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.
Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.

Jual kereta menang Raja Lawak demi…

Screen Shot 2015-11-30 at 11.28.00 AM

Punchline & lawak bersahaja

Screen Shot 2015-11-30 at 11.19.36 AM
Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.
Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis

Screen Shot 2015-11-30 at 11.49.07 AM
Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.
Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing

Screen Shot 2015-11-30 at 11.37.02 AM
Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan

Screen Shot 2015-11-30 at 11.38.16 AM
Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan ita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.