'Jangan Beli Tiket/Naik Bas Shamisha Holiday Express!' - Pengadu

Saya dan suami dari Perlis ke Shah Alam. Masa nak pergi, tak ada masalah. Alhamdulillah sampai dengan selamat naik bas Transnasional. Kami bercadang nak balik pada 3 Januari 2016, pagi. Kalau tak ada, nak ambil yang dekat-dekat itulah. 
2 Januari 2016 malam, kami pergi ke stesen bas Shah Alam Seksyen 14, nak pergi beli tiket bas. Adalah orang di kaunter Shamisha dok sekat-sekat suruh beli dengan dia. Dia kata tiket banyak habis dah kalau nak balik ke Kangar pada waktu pagi. 
Kami pun suruh dia tunggu sekejap sementara kami pergi bertanya pada kaunter yang lain. Dia siap ikut sekali, tolong tanyakan. Memang betul tak ada tiket pagi atau petang. Yang ada adalah pada waktu malam sahaja.


BACA SETERUSNYA DISINI