GILA! Pasangan Ini Guna Taktik Tak Masuk Akal Untuk Melakukan Maksiat !

KETUA Operasi PADKP, Abdul Rahim Abu (kiri) menyoal pasangan yang dicekup berkhalwat di sebuah motel di pekan Jitra, awal pagi semalam. - Foto ihsan PADKP 
JITRA: Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan teman lelakinya sanggup menyewa dua bilik yang berbeza ketika mendaftar masuk sebuah motel di pekan ini, sebagai helah untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik di situ. 
Namun, helah pasangan berusia 19 tahun itu terbongkar apabila bilik yang digunakan mereka untuk berasmara diserbu sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, awal pagi semalam. 
Ketika serbuan jam 1 pagi itu, remaja lelaki terbabit memberikan alasan kononnya terpaksa menyewa bilik motel berkenaan kerana pasangannya tidak sempat masuk ke asrama disebabkan pintu masuk IPTA sudah ditutup. 
Pemuda dari Sungai Petani itu mendakwa tidak melakukan apa-apa dengan pasangannya, sebaliknya hanya duduk berdua sementara menunggu waktu bersahur, namun keadaannya yang hanya memakai tuala ketika diserbu menimbulkan syak anggota penguat kuasa. 
Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata ketika diserbu, pelajar wanita terbabit berpakaian lengkap. 
BACA SETERUSNYA DISINI