Fizo Omar atau Wan Hafizol Wan Omar, 30, terkilan dengan tindakan seorang blogger wanita yang mengkritik restorannya, FizoMawar Kitchen, secara terbuka melalui laman blog Kisah Emas Putih.
Katanya, kritikan blogger berkenaan tidak dibuat dengan cara yang betul dan dia sepatutnya membuat aduan secara e-mel atau menghantar mesej peribadi kepadanya.
"Saya bukan tidak boleh menerima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya seperti berniat tidak baik. Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur," katanya.
Blogger Kisah Emas Putih pada 1 Januari lalu membuat ulasan mengenai restoran FMK itu dan meluahkan rasa kecewanya dengan tahap perkhidmatan kakitangan restoran tersebut.
Menurut blogger itu, pekerjanya lambat mengemaskan meja yang kotor, menu lambat sampai, senarai menu yang diberi pula mengelirukan berikutan nama menu yang pelik.
JOM BACA KOMEN2 DISINI